Pages - Menu

1.2.11

3 Pesawat TLDM Berlepas ke Mesir

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual berlepas ke Mesir tengah hari ini bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di negara itu. Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, pesawat tersebut akan turut membawa bekalan makanan bersama mereka.

"Pukul 12 (tengah hari) ini tiga pesawat milik TUDM akan berlepas dari Kuala Lumpur. “Macam-macam makanan mereka akan bawa sekali dalam pesawat tersebut seperti beras, sardin, minyak masak, rempah kari, tepung dan lain-lain lagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Katanya, kerajaan juga berusaha mendapatkan visa sementara khas daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan pelajar yang berada di Mesir dipindahkan ke Jeddah sebelum dibawa pulang.

”...Sebab kita nak keluarkan pelajar kita ramai sangat. Jadi kita nak bawa mereka ini ke Jeddah dulu,” katanya. Dilaporkan terdapat kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di negara itu dan daripada jumlah tersebut 7,000 adalah pelajar. – Bernama

Azhan:Alhamdulillah, misi menyelamat akan tiba tidak lama lagi walaupun lewat. Terima kasih kepada pegawai2 TLDM yang terlibat dalam misi tersebut. Moga mereka dirahmati jua ('',)

1 comment:

  1. setelah didesak baru nk brtindak...keadaan makin terdesak...jgn smpai ada mayat yg terpaksa diusung pulang ke msia....nauzubillah....

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...