Pages - Menu

21.1.11

Hebat Kepada Insan Yang Cekal Menerima Dugaan-NYA

Salam untuk semua, moga dirahmati :)

Sambil2 baca surat khabar Kosmo semalam, saya tiba2 tersentuh dengan kisah yang menimpa seorang anak muda yang menerima renjatan elektrik bervoltan tinggi ketika sedang bekerja di ladang kelapa sawit. Memeritkan tengok gambar yang dipaparkan, hampir keseluruhan badan terbakar. Menakutkan. Kasihan melihat keadaannya, moga anak muda itu dapat bersabar dan menerima ketentuan takdir, apa yang berlaku pasti mempunyai seribu satu hikmah yang lebih bernilai kelak.

Saya cuba meletakkan diri sendiri ditempat anak muda tersebut..."Bagaimana kalau aku yang menerima keadaan begitu? rasanya macam tak mampu ja aku nak tanggung ni." Sudah lah terbakar hampir satu badan, yang lebih menyedihkan doktor terpaksa memotong anggota badannya, iaitu kedua tangan dan jari kaki untuk elakkan jangkitan kuman. 

Dalam kehidupan, kadang2 apabila menerima musibah dan dugaan, kita akan merasakan diri kitalah yang menerima dugaan paling hebat sekali. Kita lupa sebenarnya masih ramai insan2 diluar sana yang diuji dengan dugaan yang lebih hebat, tetapi mereka menerima dan bersabar dengan ketentuan. Kisah anak muda tersebut menjadi pengajaran, mengajar kita erti sabar dan cekal dalam menerima segala ketentuan. Kita berdoa supaya beliau terus bersabar dan meneruskan kehidupannya selepas ini dengan tenang dan berjaya,insyaAllah ('',)

"Allah menguji seseorang itu berdasarkan kepada imannya"

Bersyukurlah kita masih "dipinjamkan" dengan anggota tubuh badan yang sempurna dan sihat. Malulah  kepada-NYA sekiranya kita gunakan nikmat yang agung ini untuk melakukan kerja2 maksiat dan mungkar. Khianat! Kufur Nikmat! Lebih malang lagi apabila anggota tubuh badan ini diwakafkan untuk menentang perjuangan Islam, na'uzubillah. Jom kita sama2 bermuhasabah, moga sahabat semua diberikan hidayah dan dirahmati hingga hujung usia ('',)

Azhan: Gambar anak muda tersebut tidak disiarkan untuk mengelakkan timbul persepsi yang negatif.

4 comments:

  1. salam,

    dalam konteks pekerjaan, harus dilihat dan dikaji kenapa perkara semacam ini berlaku.
    terkena renjatan semasa mengait buah kelapa sawit....seperti ikan di air bertemu dengan ayam di darat. boleh berlaku, tetapi...terlalu jarang dan tidak sepatutnya.
    hazard perlu dilenyapkan terlebih awal.

    ReplyDelete
  2. betul..
    sagt2 bsimpati..
    malang xberbau kn..

    ReplyDelete
  3. @cikli:sangka baik mugkin lebih baik :)

    @ahsfantasy: berhati2 bt kerja ya

    ReplyDelete
  4. kesiankan, xsmpai hati nk tgk.....

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...