Pages - Menu

30.1.11

Demontrasi Aman di Kedutaan Mesir, Isnin 31 Januari Jam 11 pagi

Bang Mat, otai demo Malaysia

Isnin, bersamaan 31 Januari 2011, satu demontrasi aman akan diadakan di hadapan Kedutaan Mesir sebagai tanda membantah dan solidariti bersama rakyat Mesir yang ketika ini sedang bangkit menurunkan regim Hosni Mubarak di negara tersebut.

Dalam satu SMS Pengerusi Jawatankuasa Demokrasi dan Mobilisasi, Mohamad Sabu kepada saya selaku Setiausaha JK Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat, jam 3.46 petang semalam, memberitahu demontrasi aman itu dilangsungkan jam 11 pagi di Kedutaan Mesir beralamat No. 12, Jalan Rhu off Jalan Ampang Hilir.

Ia akan diketuai sendiri Sdra. Mohamad Sabu dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuklah Arul, Setiausaha Agung PSM dan badan-badan bukan kerajaan. Orang ramai dijemput hadir bagi menyatakan sokongan pada kepada rakyat Mesir yang inginkan perubahan.

Azhan: Dulu ada "ulama" keluarkan fatwa haram demonstrasi ni...tetapi bukti dua negara besar Mesir dan Tunisia bersuara menjatuhkan kerajaan zalim. Faham-faham lah ya..Malaysia beringat sama. 

5 comments:

  1. semoga revolusi berjaya di Mesir. Amin.

    ReplyDelete
  2. walahaulawala quwatailla billahil aliyil azim 20x.....moga semua rakyat msia selamat.

    ReplyDelete
  3. Semoga doa kita diterima. Amin. Amin ya rabbal alamin :)

    ReplyDelete
  4. kita bila plak nk wat revolusi kat Msia ni? hehehe..
    takpa.. biaq depa sronok dulu..
    PRU 13 nnt depa taw la langit tggi rendah..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...