Pages - Menu

18.1.11

Cabaran Betul Tiada Internet...ggrrrrrr!

Salam untuk semua, moga dirahmati-Nya ('',)

Alhamdulillah, saya harap sahabat2 yang disayangi semua, sihat2 belaka ya, insyaAllah ('',). Rasanya dah masuk minggu ke-3 blog ni layu tanpa apa2 perkongsian. Pertama sekali terima kasih sgt2 kepada sahabat2 yang terus berkunjung ke sini, terharu pula rasa.hehe. InsyaAllah apabila diizinkan saya akan terus mengintip blog2 kalian.

Ni pun update blog secara kebetulan, saja ambil masa sekejap untuk post entri sambil cari bahan2 tugasan untuk tesis tahun akhir ni. Sekarang baru dapat cari line tenet. Itu pun setelah menempuh pelbagai kedai dan jalan di malam hari yang dingin, baru lepas hujan kat sini.hehe. Tiba2 saja malam ni saya terpaksa menjelajah kawasan...semata2 nak cari line tenet.Cabaran betul.hehe.

Kisahnya bermula disini...saya naik motor terus ke McD kat area Jalan Kuchai Lama, saya berhenti singgah lepak situ jap, usha2 line kot2 ada kan...dah buka laptop semua, tak dapat line la pulak, orang pula ramai, kebetulan ada sambutan hari jadi kat McD tu. Malas nak buang masa  terus la cari KFC berdekatan, line block pula. Adoi....simpan dan kemas laptop (laptop pun pinjam member.hehe) cari kedai mamak area2 tu yang rasa macam ada line. 

Patah hati nampaknya saya ni....line tenet kedai tu sistem bermasalah pula. Kepala dah macam serabut dah, dok memikirkan tugasan yang makin bertimbun2, line tenet pula masalah. Terbantut rasa kerja malam ni. 

Demi mengubat kekecewaan ni, order nasi lemak dulu makan kat kedai mamak tu, tempat lepak tengok bola.hehe.  Selesai makan, otw balik rumah tergerak hati pula nak singgah McD kat area kawasan perumahan terdekat. Alhamdulillah baru dapat line tenetnya ('',) Dapat juga cari bahan2 penting untuk tesis. Baru lah terasa cabaranya kalau tiada sumber internet ini. Separuh kerja terbantut.hehe. Apa pun syukur, masih banyak nikmat yang lebih bernilai yang dimiliki. Moga Allah merahmati sahabat2 semua ('',)

9 comments:

  1. Bismillah,
    Ya allah rahmati tuan blog ini mempermudahkan la segala urusannya dunia dan akhirat,ringankan segala beban yg di hadapinya..

    ReplyDelete
  2. sabar banyak2 yea.. tak ada line memang mematikan mood..

    ReplyDelete
  3. mmg susah kalu xde line tenet.....

    ReplyDelete
  4. cabar. dicabar, tercabar, mencabar, cabaran..akan menjadikan seseorang itu lebih kuat,berjaya dan bersyukur..:D

    sabar yer..:)

    ReplyDelete
  5. dugaan dalam mencari ilmu...
    sabar yer...
    moga dipermudahkan segala urusan kelak, InshaAllah... :)

    ReplyDelete
  6. heheh.. sabaq banyak2 na..
    nnt online smpai lebam kalau internet dh ok.. heheh..

    ReplyDelete
  7. cikli:insyaallah :)

    hnyzan: mudah2an sahabat dirahmati jua :)

    wahida: mmg potong mood nak bt keja.hehe

    nza: nak bt cmna, pasrah.huhu

    apple hijau: moga terus kuat :)

    olistica:amin :)

    mycieber: terima kasih tuan :)

    solihin: tq bro.hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...