Pages - Menu

30.1.11

Banjir Di Johor: 1,536 Penduduk Dipindahkan

JALAN Utama Labis-Segamat berdekatan simpang Felda Redong-Kampung Lembah Bakti ditutup kepada semua kenderaan akibat dinaiki air menyebabkan kesesakan luar biasa pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil DUN Tenang, semalam.19 pusat pemindahan dibuka di Segamat, Labis

LABIS: Seramai 1,536 penduduk di Segamat, termasuk 611 dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang terpaksa dipindahkan selepas penempatan mereka dilanda banjir berikutan hujan lebat berterusan sejak kelmarin. Setakat jam 4 petang semalam, 19 pusat pemindahan banjir dibuka di Segamat dan Daerah Kecil Labis. Mangsa dalam DUN Tenang ditempatkan di enam pusat pemindahan membabitkan 272 orang di Balai Raya Kampung Lembah Bakti; Sekolah Agama Pekan Air Panas (58); Masjid Jamek Kampung Sawah Baru (70); Balai Raya Paya Dalam (53); Kampung Orang Asli Ulu Juaseh (29) dan Balai Tadika Kampung Orang Asli Segamat Kechil (129).

Bagi penduduk di luar DUN Tenang, 365 orang ditempatkan di Sekolah Agama Kampung Jawa; Balai Raya Felda Pemanis 2 (139); Balai Raya Kampung Batu Badak (94); Balai Raya Kampung Genuang India (81); Balai Raya Kampung Usaha Jaya (70) dan Balai Air Bah Pogoh 2 (67). Turut dipindahkan 27 penduduk Kampung Sekijang ke balai raya kampung itu; Dewan Serbaguna Gelang Cincin (23); Balai Raya Kampung Paya Pulai (18); Balai Raya Kampung Melayu Raya (16); Sekolah Arab Kampung Gubah (13); Balai Raya Air Bah (7) dan Balai Raya Kampung Simpang Loi (5).

Urusetia Media Polis Diraja Malaysia (PDRM) pilihan raya kecil DUN Tenang, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata polis menyediakan bot membawa pengundi di kawasan terjejas banjir ke pusat mengundi. Tinjauan Berita Harian mendapati beberapa laluan dalam DUN berkenaan dinaiki air antara 0.3 hingga 0.6 meter, termasuk sekitar Jalan Tenang, Tenang Station, Kampung Sawah Baru, Lembah Bakti, Pekan Air Panas, Felda Tenang, Jalan Segamat-Labis berdekatan Felda Redong, laluan ke Ladang North Labis dan laluan Labis-Yong Peng.

Tinjauan di pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Agama Pekan Air Panas, mendapati pemilih yang berada di situ mula mengundi kira-kira jam 8 pagi dan bersyukur dapat menunaikan tanggungjawab itu dengan sempurna. Warga emas, Rostam Salleh, 83, berkata walaupun kurang sihat, beliau bersyukur dapat menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin. Seorang lagi mangsa, Gimbek Md Yassin, 55, berkata mereka dapat mengundi walaupun kini berada di pusat pemindahan. Sementara itu, kira-kira 100 penduduk daripada 20 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di sini.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah, Sabariah Salim berkata, 10 pegawai JKM dibantu dua pegawai daripada Baitulmal bertugas membantu mangsa banjir di Sungai Buntu, Pengerang dan empat kawasan lain di sini. Katanya, 23 mangsa dari Kampung Sungai Buntu ditempatkan di surau kampung itu, manakala 17 mangsa lain mendapat perlindungan di Balai Raya Kampung Sungai Berangaan, masing-masing 15 lagi mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Semanggar dan Balai Raya Kampung Baru Sungai Telur selain 30 dari Kampung Batu 25, di sini, ditempatkan di Balai Raya Taman Melati. BH/

Azhan: Elakkan bermain air banjir, bersedia apa-apa kemungkinan dari awal.

3 comments:

  1. TENSIONNNNNNNNNNNNNNNNNN....konon2 hr nie nk brtolak blk kg ttp dh banjir lak...hu....

    ReplyDelete
  2. @nza: sabar kak, mungkin lepas ni dah surut boleh balik ya ('',)

    ReplyDelete
  3. andai hujan berterusan ..banjir tak surut2.. sume pelajar yg study kat segamat tak boleh balik.. ngee~ sedih dalam happy...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...