Pages - Menu

6.12.10

Tokoh Maal Hijrah Negara 1432H: Gabenor Bank Negara Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz


Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz (Lahir 27 Ogos 1947) yang merupakan anak kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan Sharifah Azah Aziz, adalah wanita yang pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau juga dilihat sebagai salah seorang wanita yang begitu berkuasa di Malaysia. Pada 13 September 2010, Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance.

Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya pada 1958. Pada tahun 1970, beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Analitikal dan kemudiannya melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada 1978.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Centre) pada tahun 1979 hingga 1984. Kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia.

Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. Pada 1 September 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri. Kemudian pada 1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Bhd dari tahun 1998 - 2000. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd sejak tahun 2004.

Beliau berkahwin dengan Dr Taufik Ayman dan dikurniakan 2 orang anak

Pada 13 September 2010, Dr Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance. Ia berdasarkan faktor kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah. 

Admin: Leceh sikit tengok YDP Agung berjabat tangan dengan tokoh...

6 comments:

  1. salam tahun baru. Moga tahun ini, kite menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya,dan menjadikan tahun ini sebagai asas untuk kite lebih baik pada tahun-tahun selepasnya.. <3

    ReplyDelete
  2. mungkin beliau lebih layak dpt anugerah ini andai beliau bertudung..
    mudah-mudahan Allah membuka hatinya untuk berhijrah menutup aurat..

    ReplyDelete
  3. "Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (Agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu".
    (SURAH MUHAMMAD:7)

    Salam Maal Hijrah.

    ReplyDelete
  4. @solihin ya sahabat, insyaallah mudah2an :)

    ReplyDelete
  5. @amalhaj terima kasih atas peringatan yang sgt berguna :)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...