Pages - Menu

26.12.10

Terkini! Kes Kemalangan Bas 2 Tingkat Di Temerloh

 Kes kemalangan bas umpama ni pernah melibatkan seorang kawan sepengajian. Arwah mangsa kematian dalam kemalangan di Melaka 3 bulan lalu...Allahyarhamah Sharifah Nur Amira. Al Fatihah.

TEMERLOH, 26 Dis — Enam cedera, dua daripadanya patah tulang rusuk apabila sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas di KM363, Jalan Raub-Bentong, awal pagi ini. Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Samsuddin Wan Osman berkata dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, bas ekspres Mahligai berkenaan sedang dalam perjalanan dari Kota Baru, Kelantan ke Kuala Lumpur dengan membawa 39 penumpang. 

Beliau berkata, setibanya di tempat kejadian, bas terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tebing bukit berdekatan. Katanya penumpang yang mengalami patah tulang rusuk dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh sementara empat lagi penumpang menerima rawatan di Hospital Raub.

“Penumpang selebihnya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Katanya hasil ujian air kencing yang dijalankan ke atas pemandu bas mendapatinya bebas dadah. — Bernama

Azhan: makin menjadi2 pula kes kemalangan bas ni, takziah untuk keluarga mangsa. Kerajaan dan pihak berkuasa perlu bertindak segeramencari jalan penyelesaian terbaik supaya nahas2 ngeri ini tidak berulang...sedih teringat seorang kawan meninggal dunia 3 bulan lepas kes kemalangan  ngeri dua buah Bas di lebuh raya Melaka lalu.

8 comments:

  1. accident lagi??melibatkan bas dari syarikat mana pulak kali ni ye?

    ReplyDelete
  2. kat temerloh ?
    kesiannya aku xtauu . ishish

    ReplyDelete
  3. subahaAllah..takut pulak aku nak balik nnt...emm..semoga dipermudahkan oleh Allah perjalaan ini..hohoho

    ReplyDelete
  4. hmmm.. makin menjadi2 plak kes mcam ni kan.

    ReplyDelete
  5. Kesian kepada penumpang .. Anastasyea sekarang pun dah tak berani nak naik bas lagi!

    ReplyDelete
  6. mmg sedih menyaksikan tragedi kemalangan yg dasyat camni...tiba2 rasa takut nk naik bas..ttp kalu dh smpai ajal kt mana2 pn trjadikn..
    Al- fatihah utk kwn azhan...

    ReplyDelete
  7. accident ag ehh..??? innalillah...

    ReplyDelete
  8. @zeeqa: Ekspress Mahligai? dari mana ya? saya pun tak pasti

    @immukmin: amin, moga dipermudahkan, moga selamat pergi dan kembali

    @anastasyea: saya terpaksa naik jg, kdg2 tkt jg, dah balik jauh. tawakal insyaallah

    @NZA: ya kak, ajal dimana2 pun boleh jadi kan..

    @fiqah: moga ruh mereka dicucuri rahmat

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...