Pages - Menu

25.12.10

Tanda Kiamat, Zina Menjadi Kebiasaan. Dua Beradik Ditiduri?

Salam untuk semua, moga dirahmati ('',)

Mungkin ramai sahabat2 dah baca berita tentang kes yang menarik dan jelik ni, iaitu  dua beradik berpelukan bersama pasangan dalam rumah. Yang pelik, mak ayah tak ambil berat sampai macam tu sekali ya...?  Dah terhantuk baru tergadah. Kesal, gadis yang masih dibangku sekolah sudah terjebak dengan dunia kecelakaan ni. Na'uzubillah. Jika dibincang secara ilmiah, siapa yang patut bertanggungjawab dalam hal2 umpama ni?

Saya yakin majoriti sahabat2 pasti meletakkan kesalahan mak ayah itu sendiri, mungkin kurang ambil kisah siapa kawan2 anak gadis mereka, di mana mereka berada malam hari dan banyak lagi lah kalau kita nak persoalkan. Mungkin pencegahan daripada unsur2 zina ni tak dibenteras daripada awal.
 
Kesannya, lahirlah insan2 comel yang dibuang tanpa rasa belas ihsan. 

Sudah menjadi lumrah dan kebiasaan di Malaysia apabila zina hanya menjadi satu ungkapan dalam ceramah-ceramah dan khutbah-khutbah masjid tetapi tidak diendahkan ummat Islam Malaysia. Sekiranya direnungkan apalah sangat nikmat yang sekejap berbanding dengan azab Allah yang amat pedih lagi dahsyat. Lebih teruk lagi, kini zina lebih mudah dari berkahwin bahkan menjadi kebanggaan gadis tanpa dara. Inilah salah satu tanda-tanda kiamat dan amat benarlah apa disebutkan oleh Nabi s.a.w.

عَنْ أَنَس بْن مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ وَيَثْبُتَ الْجَهْلُ وَيُشْرَبَ الْخَمْرُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا

Daripada Anas bin Malik, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Di antara tanda-tanda kiamat adalah; diangkat ilmu dan nyata kejahilan, orang ramai meminum arak (secara berleluasa) dan zina yang nyata (berlaku secara terang-terangan). [Riwayat Bukhari & Muslim]
  
Petikan Berita

KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.

Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.

Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis...Harian Metro

1 comment:

  1. salam...sungguh takut dan seram memikirkan hal-hal seperti ini...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...