Pages - Menu

9.12.10

Panas! Hakim Syariah Kena Tangkap Basah!


Dimana lagi untuk mencari keadilan...? 
(bukan kempen undi dacing)
Salam untuk semua,

Cerita panas, hakim syariah kena tangkap khalwat? Terbaik punya kantoi ni.hehe. Siapa lagi nak mengadili kalau hakim2 di Malaysia ni semuanya kayu belaka. Siap main ugut2 la pula si Hakim khalwat ni...ish3! Susah nak cakap apa dah sekarang ni. Dunia akhir zaman...

KUALA LUMPUR: Seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita di kuarters kerajaan di Georgetown, Ahad lalu. Menurut sumber, hakim terbabit yang berusia 40-an ditangkap ketika bersama pasangannya kira-kira jam 2 pagi.

“Sewaktu kejadian, isteri dan anaknya tiada di rumah kerana dikatakan ke ibu kota.  “Pasangan itu ditangkap penguat kuasa agama hasil maklumat diperoleh,” katanya ketika dihubungi, semalam. Hakim terbabit dikatakan berkhidmat di Mahkamah Tinggi Syariah di sebuah negeri di utara Semenanjung sejak lebih setahun lalu.

Sebelum ini, beliau bertugas di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Putrajaya.  Kes berkenaan bagaimanapun masih di peringkat siasatan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan hakim terbabit belum didakwa, sebaliknya dia dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam selama seminggu.

Sumber itu berkata, kes berkenaan agak sulit kerana mempunyai unsur ugutan daripada tertuduh terhadap pegawai penyiasat. Namun, katanya, pihak penyiasat sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan. “Pada masa ini hakim terbabit diberi jaminan penguat kuasa. Tempoh jaminan akan berakhir Isnin depan dan pada hari berkenaan, kes dijangka disebut di mahkamah syariah.

“Beliau sebelum ini dikatakan mengugut pegawai siasatan dan penguat kuasa dengan mengancam untuk mengambil tindakan jika mereka meneruskan kes berkenaan kerana beliau mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan pihak atasan,” katanya.-metro

2 comments:

  1. Manusia x sempurna kan. Kdg2 tersalah langkah.

    ReplyDelete
  2. @adam. moga kita jgn tersalah seumpama tu. tergdai diri n maruah.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...