Pages - Menu

15.12.10

Modal Insan Negara Berasaskan Budak Menari dan Menyanyi?

Najib Tun Razak ceria selepas menyampaikan jambangan bunga kepada adik Tengku Ahmad Irfan Shahrizan yang bermain piano secara solo sambil diperhatikan Rosmah Mansor selepas menyaksikan Konsert Permata Seni di Istana Budaya, Kuala Lumpur semalam. Turut sama, Dr. Rais Yatim dan Masnah Rais. 

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap Program Permata Seni merupakan kaedah terbaik bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang berbakat dalam bidang koir, muzik dan seni tari. Perdana Menteri juga melihat program tersebut sebagai satu pelaburan jangka panjang pembangunan modal insan negara sejajar dengan Rancangan Malaysia kesepuluh.

''Kanak-kanak adalah aset negara dan perlu diberi peluang untuk mengetengahkan bakat mereka sejajar dengan arus kemajuan negara. ''Sebagai pemimpin masa akan datang, satu landasan yang baik perlu disediakan bagi memenuhi sifat ingin tahu dan semangat untuk meneroka dan cemerlang di dalam bidang yang mereka minati.

''Dengan bimbingan dan asuhan yang baik, saya yakin peserta-peserta Permata Seni mampu membuktikan bahawa kanak-kanak Malaysia mempunyai bakat yang boleh diketengahkan di persada antarabangsa," katanya. Beliau berkata demikian dalam buku cenderamata Konsert Permata Seni yang berlangsung di Istana Budaya, di sini malam ini. Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor malam ini menghadiri sesi persembahan tertutup di Konsert Permata Seni bersama kira-kira 1,400 jemputan khas termasuk Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Masnah Rais.

Najib juga berharap konsert tersebut menjadi titik permulaan kepada manifestasi kecemerlangan anak-anak Malaysia secara berterusan. ''Setiap anak Malaysia tidak kira apa pun latar kaum, adalah aset nasional dan warisan masa depan negara. ''Kanak-kanak terasuh merupakan nadi negara, pemimpin akan datang dan penentu hala tuju Malaysia pada kemudian hari," ujarnya.

Azhan: tidak salah meminati seni muzik, tetapi apakah ini modal insan yang diimpi2kan negara.? Modal insan bukan berasaskan akhlak dan moral? Dunia hiburan dan artis, seperti sedia maklum menimbulkan seribu satu fitnah, msalah2 akhlak moral yang tidak sudah2...Mungkin  salah satu pelapis dan cabang yang baik untuk dijadikan HUB HIBURAN...jana pendapatan...tak lama lagi akan wujud "Bali" dan "Phuket" di Malaysia...tak hairan lah ketika itu judi, arak, dan pelacuran bersepah2 merata tempat... tahniah!!!

7 comments:

  1. hehe.. kan dah ada pusat judi terbesar kat negara kita... hiburan melampau2... biasa dah tu... apa lagi nak cakap... hehe...

    ReplyDelete
  2. subahaAllah......
    berbuatan yg sia2 tidak suka oleh Allah..

    ReplyDelete
  3. betul..betul..begitulah saatnya bila akhir zaman..orang ramai diALPAKAN dengan hiburan..kita SERONOK,kita GEMBIRA,kita BERTEOPUK tangan bila melihat anak-anak kita pandai menari,BERGELEK dangdut,menyanyi ,melalak,....kan baguih budak-budak ni diasuh jadi hafiz,hafizah...mungkin tak dapat sambutan...INGATLAH ..AZAB ALLAH ,...boleh lagi diubah...marilah..kita..!!!!!

    ReplyDelete
  4. dunia akhir zaman kan..ni la jadinya..kalau pemimpin yang kata macam tu, haihhh~pape la..

    ReplyDelete
  5. pegangan nilai adalah berbeza mengikut tafsiran masing2. Apabila org menilai org kaya dan berharta itu bernilai, maka dicarinya kekayaan, apabila ssorg menilai agama sebagai nilai budinya, maka diusahakan utk agama...begitulah pegangan kita yang berbeza...

    ReplyDelete
  6. ala.. kalau tak buat camni kang, skolah hamil kat melaka tu xde student plak..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...