Pages - Menu

20.12.10

(Gambar) Mayat bergelimpangan, tercampak dari bas: Saksi


IPOH: Seorang pelajar berkata dia melihat mayat bergelimpang di atas jalan raya sejurus selepas bas pesiaran yang membawa pelancong Thailand terbabas di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai menyebabkan 28 terbunuh setakat ini. “Saya juga nampak ada kanak-kanak terbaring di longkang dipercayai tercampak dari bas,” kata Mohamad Shafwan Mohd Nan, 17, yang mengikuti rombongan sekolahnya dalam perjalanan menuju ke Cameron Highlands.

Mohamad Shafwan berkata ketika sampai di tempat kejadian, beliau nampak beberapa mangsa yang cedera dan berlumuran darah keluar dari bas yang terbalik itu. Dua puluh tujuh pelancong Thailand dan seorang pemandu bas yang dikenali sebagai Omar Shahidan dari Kangar, Perlis, terbunuh apabila bas pesiaran itu terbalik ke dalam longkang ketika turun dari pusat peranginan itu pada jam 11.40 pagi tadi.

Seramai 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. Mereka yang cedera dibawa dengan ambulans ke hospital manakala mayat dibawa dengan lori polis dan Jabatan Pertahanan Awam.

Setakat ini, polis telah mengesahkan mangsa yang mati adalah 12 lelaki dan 15 wanita manakala identiti seorang lagi belum dikenal pasti. Wartawan dan jurugambar yang bekejar ke tempat kejadian terpaksa berjalan tiga kilometer ke tempat kejadian kerana laluan itu telah ditutup kepada semua lalu lintas bagi memudahkan kerja menyelamat.

Usaha untuk mendapatkan gambaran sebenar apa yang berlaku semasa kejadian agak sukar kerana semua penumpang lain dan dua lagi rakyat Malaysia iaitu pembantu pemandu dan pemandu pelancong mengalami cedera parah. Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, yang mempunyai banyak cerun, dibuka kepada lalu lintas pada 2003 dan menjadi laluan alternatif ke Cameron Highlands selain jalan dari Tapah. Ia juga digunakan bagi mereka yang mahu pergi Gua Musang melalui Lojing di Kelantan. – BERNAMA

The wreckage of a tour bus sits on a highway in Pos Slim, in Malaysia's northern state of Perak December 20, 2010. A Malaysian bus carrying Thai tourists hit a road divider and overturned, killing 26 people, state news agency Bernama reported on Monday.
Malaysian firefighters inspect a damaged bus after an accident in Ipoh, northern state of Perak, Malaysia, Monday, Dec. 20, 2010. An official says a bus carrying Thai tourists overturned on a winding road near a Malaysian highland resort, killing 14 people. (AP Photo) MALAYSIA OUT.
Sebahagian anggota bomba dan penyelamat mengeluarkan mayat salah satu daripada 28 pelancong warga Thailand yang terkorban dalam kemalangan sebuah bas pelancong di KM 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, 20 Dis. -
Rescuers carry a body on a stretcher near the wreckage of a tour bus on a highway in Pos Slim, in Malaysia's northern state of Perak December 20, 2010. The Malaysian bus carrying Thai tourists hit a road divider and overturned, killing 26 people, state news agency Bernama reported on Monday.
Fire and Rescue department personnel carry out the body of one of the passengers of the ill-fated tourist bus which crashed at Cameron Highland northern state of Perak on December 20, 2010. Twenty-six people, mostly Thai tourists, were killed when their double-decker bus crashed on a highway after a trip to the Cameron Highlands, in Malaysia's worst-ever coach accident.
Fire and Rescue department personnel carry out the body of one of the passengers of the ill-fated tourist bus which crashed at Cameron Highland northern state of Perak on December 20, 2010. Twenty-six people, mostly Thai tourists, were killed when their double-decker bus crashed on a highway after a trip to the Cameron Highlands, in Malaysia's worst-ever coach accident.
Rescue personnel work on the wreckage of a tour bus on a highway in Pos Slim, in Malaysia's northern state of Perak December 20, 2010. The Malaysian bus carrying Thai tourists hit a road divider and overturned, killing 26 people, state news agency Bernama reported on Monday.
Rescue personnel work on the wreckage of a tour bus on a highway in Pos Slim, in Malaysia's northern state of Perak December 20, 2010. A Malaysian bus carrying Thai tourists hit a road divider and overturned, killing 26 people, state news agency Bernama reported on Monday.
Fire and Rescue department personnel work among the luggage of tourists piled by the central reservation and the wreakage of the tourist bus (R) that crashed at Cameron Highland northern state of Perak on December 20, 2010. Twenty-six people, mostly Thai tourists, were killed when their double-decker bus crashed on a highway after a trip to the Cameron Highlands, in Malaysia's worst-ever coach accident.
Bodies are covered after a tour bus overturned in Pos Slim, in Malaysia's northern state of Perak December 20, 2010. A Malaysian bus carrying Thai tourists hit a road divider and overturned, killing 26 people, state news agency Bernama reported on Monday.

3 comments:

  1. Ramai betul yang terkorban. hmmm..

    ReplyDelete
  2. Salam Yob Azhan, ni musim-musim ujan ni jalan tak bape elok ni. Beberapa bulan lepas kami adik beradik guna jalan yg sama, Alhamdulillah takde apa. Mungkin susah nak kawal bas sbb berat.

    ReplyDelete
  3. @zara: bas dua tingkat, lagi bahaya

    @moh kemabara: salam kembali yob, yala kan, musim hujan sama ni. bahaya, jalan licin. kpd pemandu perlu lebih berhati2

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...