Pages - Menu

19.12.10

Mangsa Tikaman 19 Kali Rupanya Mengandung


JOHOR BAHRU: “Sebenarnya kami sekeluarga tidak mengetahui Ain mengandung, malah kami terkejut apabila dimaklumkan doktor kandungannya berusia enam bulan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami,” kata Marlina Jemedi, 30, kakak kepada Nur Ain Ashikin Jemedi, 17, mangsa tikaman 19 kali dan disimbah asid ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, semalam.

Katanya, janin berusia enam bulan itu sudah selamat dikebumikan di tanah perkuburan di Johor Bahru Jumaat lalu dan keluarganya kini memberi keutamaan dan sokongan kepada Nur Ain supaya cepat sembuh. Nur Ain atau lebih dikenali sebagai Ain sebelum ini dilaporkan koma selepas ditikam bertubi-tubi serta disimbah cuka getah oleh seorang lelaki berusia 42 tahun dalam kejadian di rumahnya di Kampung Sungai Redan, Ulu Tiram, dekat sini, Khamis lalu.

Marlina berkata, keluarganya dimaklumkan doktor mengesahkan janin terbabit meninggal dunia dalam kandungan akibat kecederaan yang dialami pada rahim ibunya disebabkan kesan tikaman. “Ain memang tidak pernah memberitahu kami dia berbadan dua, malah kami juga tidak menyangka kerana Ain seorang yang berbadan tinggi cuma kebelakangan ini badannya agak berisi.

“Hanya selepas kejadian ini, kami mengetahui Ain mengandung enam bulan dan apa yang kami tahu, Ain sudah bertunang dengan lelaki pilihan hatinya berusia 20-an pada April lalu yang direstui keluarga,” katanya yang enggan mengulas ketika ditanya mengenai kandungan adiknya dan menyerahkan perkara itu kepada polis. Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique yang melawat mangsa di HSI berkata, pihak hospital memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk merawat dan memulihkan Nur Ain Ashikin.

“Keluarga Nur Ain Ashikin tidak perlu risau kerana HSI memberi jaminan akan berusaha sebaik mungkin, malah mereka juga tidak perlu risau dengan kos rawatan kerana kerajaan ada memperuntukkan perbelanjaan untuk membantu keluarga yang susah,” katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin, berkata suspek disambung reman hingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

Azhan: salah satu bala atas pemerintahan yang tidak mahu tunduk pada AL Quran dan Hadis...

2 comments:

  1. patut la mula aku baca surat kabar mcm sangsi.. mana laki dia.. heehe...

    ReplyDelete
  2. @mamat:dia tak dak laki, kesian tgk jadi macam ni..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...