Pages - Menu

27.12.10

Mak Ayah Sekarang Tergamak Jual Anak Sendiri??

 Anak-anak anugerah Allah

Salam untuk semua, moga ceria2 dan dirahmati ('',)

Mengucap panjang baca berita hari ni, begitulah keadaan masyarakat sekarang. Sikap dan tindakan makin pelik dan jelik. Saya sendiri belum berumah tangga, mungkin tak lalui lagi cabaran tu, tapi insyaAllah tak sampai macam ni, minta simpang sangat. Apa yang menarik berita hari ni, seorang pasangan suami isteri nak jual anak?? Anak sekarang dah macam barang dagangan ya?? Buat anak pandai, jaga tak mau. Jual dapat duit, apa kes ada anak ramai tekanan nak bunuh diri pulak. Aduhai manusia sekarang...

Tentang hidup bekeluarga, saya ambil contoh terdekat dalam hidup saya, contoh keluarga sebelah mak.  Saya akan ceritakan dengan serba ringkas. Keluarga mak saya mempunyai ramai adik beradik, mak anak yang kesepuluh daripada 12 orang beradik. 6 laki , 6 perempuan, kira adil lah.hehe. Dulu TOk Wan dan Tok bukan sahaja menyara 12 orang anak, tetapi turut menyara 3 orang lagi anak yatim piatu iaitu anak2 saudara Tok Wan yang kematian ayah ibu mereka. Tok Wan dan Tok saya bukan orang senang, kerja buat bendang ja, sawah padi. 

Awal2 dulu sekadar ambil upah buat tanah bendang orang, lama2 baru mampu beli sendiri. Saya sendiri tak dapat bayangkan bagaimana Tok wan dan Tok dapat menyara 15 orang serentak hanya melalui kerja bendang. Mak saya cita dulu  hidup lagi susah, balik sekolah terus siap2 turun bendang tolong Tok Wan dan Tok. Malam dah penat kerja, tak larat lagi nak belajar. Belajar dulu pun pinjam2 dari kawan saja buku2 rujukan. Tak dak duit nak beli. Kalau Tok masak untuk anak2, satu periuk besar lah. Nasi bergantang2 sekali masak. Begitulah salah satu pengalaman orang dulu2 yang saya dengar, saya sendiri tak lalui begitu. Mak cita juga, semua ni kerana berkat anak2, anak2 itu anugerah Allah, rezeki dan kehidupan adalah dibawah ketentuanNYA. Yang penting mak ayah berusaha bekerja keras. Alhamdulillah, anak2 Tok wan dan Tok semua berjaya.

Mungkin sahabat2  mempunyai seribu satu lagi pengalaman yang hampir sama bukan? Mungkin ada yang lalui kisah yang lebih perit dan mencabar. Tetapi sangat dikesali, orang sekarang dah tak mampu sara anak, terus jual, rasa nak bunuh diri, buang anak merata2 tempat dan macam2 lagi lah nasib anak2 zaman sekarang...moga kita semua dilindungi daripada tindakan2 seumpama ni, moga Allah memberikan petunjuk dan hidayah serta dipeliharaNya ('',) Jom baca berita di bawah..

Petikan berita...

KUALA LUMPUR: “Maafkan ayah nak...walaupun hati ayah berat untuk membuat keputusan ini, namun demi kebaikan masa depanmu, ayah terpaksa,” rintih seorang lelaki yang mahu menyerahkan anak dalam kandungan isterinya kepada keluarga lain atas alasan tidak mampu menampung kehidupannya sekeluarga. Shahrul Rahman, 33, berkata dia nekad mengambil tindakan itu selepas mengalami masalah kewangan yang teruk dan tidak mahu anak-anaknya mengalami nasib sama.


Katanya, kehidupannya bermula dengan baik selepas mengahwini isterinya, Aishah Ismail, 26, pada 2006 dan dikurniakan tiga anak berumur antara tiga tahun hingga enam bulan. Selain itu, katanya, dia mempunyai seorang anak tiri hasil perkahwinan isterinya dengan suami terdahulu yang kini berusia enam tahun dan tinggal bersamanya sejak berusia empat bulan. Namun, episod sedih hidupnya bermula selepas perniagaannya sebagai pengendali makanan di kantin sekolah di Kedah mengalami kerugian.


“Hidup saya menjadi susah dengan bebanan hutang yang semakin bertambah. Saya meminjam daripada bank untuk memulihkan kembali perniagaan, namun tidak berhasil. “Keadaan bertambah kusut apabila saya membuat pinjaman daripada ceti haram (along) untuk digunakan sebagai modal pusingan perniagaan, tapi segala-galanya tidak menjadi,” katanya ketika ditemui semalam.

Runsing memikirkan masalah dihadapi, Shahrul berkata, dia pernah cuba membunuh diri dengan menelan 60 ubat tidur dan minum cecair peluntur, namun digagalkan isterinya yang menyedari tindakannya itu...terus membaca di Harin Metro.

5 comments:

  1. Allah baru bagi susah sikit dah nak jual anak isteri dan bunuh diri. Cari dan kaji diri sendiri kenapa di duga begitu. Jawapannya ada dalam diri sendiri.ups!terlebih sudah.peringatan utk sy jgk..hehe..:D

    ReplyDelete
  2. @apple hijau: ya, mesti ada yang tak kena kan pada diri, kembali muhasabah

    @miecyber: mmg sadis bro

    @ana dskodeng: iman umat akhir zaman

    ReplyDelete
  3. skrg mcm2 prangai manusia...bkn setakat tu je, snggup jdkan anak2 artis w.pn masih dibangku sk...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...