Pages - Menu

5.12.10

Kerajaan Selangor tawar beli semua syarikat konsesi air

SHAH ALAM 6 Dis. - Kerajaan negeri akan mengemukakan permohonan tawaran terbuka untuk membeli keempat-empat konsesi utama bagi melaksanakan program penstrukturan semula industri bekalan air di Selangor dalam masa tiga minggu daripada sekarang.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid berkata, ia dilakukan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada 3 Disember yang membenarkan kerajaan negeri membeli kesemua konsesi tersebut.

“Ekoran itu kita akan mengemukakan tawaran terbuka mengikut syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti bagi tujuan pembelian dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.
“Antara kandungan tawaran itu nanti ialah tawaran-tawaran daripada kerajaan negeri serta perkara yang mesti dipersetujui bersama dengan syarikat-syarikt konsesi air,”' ujarnya kepada pemberita di sini hari ini.

Empat pemegang konsesi utama dalam industri air di Selangor adalah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd., (Syabas), Puncak Niaga Sdn. Bhd. (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn. Bhd., (Splash) and Konsortium ABASS. 

Abdul Khalid menambah, pihaknya juga akan memaklumkan kepada kementerian berkenaan mengenai usaha untuk membeli syarikat-syarikat konsesi itu serta pendirian kerajaan negeri berhubung isu air. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...