Pages - Menu

23.12.10

Kemalangan Ngeri: Pelajar Tidak Sempat Bawa Pulang Slip PMR

KOTA BHARU: Seorang pelajar tingkatan tiga tidak sempat menunjukkan kepada ayahnya keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang baru diambilnya di sekolah apabila dia mati dalam keadaan mengerikan, selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Simpang Tiga Kok Lanas, Selising, Pasir Puteh, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, Siti Aisyah Zakaria, 15, yang membonceng motosikal ditunggang ibunya, Aziza Musa, 42, dirempuh lori pasir ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Banggol Chica, Kok Lanas, menyebabkan dua beranak itu terbunuh.

Akibat kejadian itu, Siti Aisyah terjatuh daripada motosikal sebelum dihempap kepala kanan lori berkenaan manakala ibunya tercampak atas jalan. Kedua-dua mereka mati di tempat kejadian. Ayah Siti Aisyah, Zakaria Mohamad, 43, berkata, beberapa hari lalu dia memaklumkan kepada keluarganya untuk bercuti di Perdana Resort sambil mandi kolam pada Sabtu ini dan sudah pun membuat tempahan.-Harian Metro-

Azhan: Takziah untuk keluarga. Al Fatihah.

9 comments:

  1. Ya Allah. Sentap bila tahu berita ni dan tengok keadaan arwah aisyah.hmmm.. sedih nyer. Al-fatihah untuk keduanya. moga tenang di alam sana. amin.

    ReplyDelete
  2. Masyallah..ngerinya...semoga awrah ditmptkan disisi org2 beriman...al-fatihah....

    ReplyDelete
  3. Innalillahi wainna ilahi rajiun,.

    berapa keputusan PMR arwah?

    ReplyDelete
  4. ya allah...kejadian ni btol2 terjadi dpn kdai saya n family saya ada disana semasa kejadian ni terjadi...da ramai yg terkorban di simpang 3 ni

    ReplyDelete
  5. salam...

    al-fatihah...muga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  6. @zara afendi:mudah2an rohnya tenang di akhirat.

    @nza: insyaAllah

    @puteri: keptusan PMR arwah, 4A.

    @Ct norfadhina: yaka dekat dgn kedai? mungkin simpang 3 tu perlu diperbaharui.

    @adylia: insyaallah, sama2 kita doakan

    ReplyDelete
  7. @saudara perihatin: terima kasih atas nasihat, saya hanya peroleh sumber gambar dari Harian Metro. salam takziah dan kita sama2 sedekahkan fatihah untuk rohnya, mudah2an ditempatkan dalam kalangan orang soleh.

    ReplyDelete
  8. salam...
    sedih dengar kejadian ni...alfatihah moga rohnya ditempatkan bersama2 org yg beriman...amin.

    ReplyDelete
  9. @fatmasha: insyaallah mudah2an, kebetulan meninggal hari yang penuh berkah ni :)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...