Pages - Menu

9.12.10

Adik Nurul (Mangsa Simbah Asid) Dapat Pembelaan KPM


WAJAH Nurul Dahyatul Fazlinda   mangsa sibah asid bapanya Mat Haizan pada majlis penyerahan sumbangan tabung ihsan yang  disampaikan Dr Mohd Puad, semalam.
WAJAH Nurul Dahyatul Fazlinda mangsa sibah asid bapanya Mat Haizan pada majlis penyerahan sumbangan tabung ihsan yang disampaikan Dr Mohd Puad, semalam.
 
Mangsa simbahan asid dibela

KUALA TERENGGANU: Kementerian Pelajaran melancarkan 'Tabung Ihsan Kembali Ke Sekolah' untuk mangsa simbahan asid, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 8, dengan peruntukan awal berjumlah RM10,000 disediakan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi di Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) di sini, semalam. 
 
Beliau berkata, dengan pelancaran tabung berkenaan, kementerian membenarkan semua sekolah di negara ini menjalankan kutipan derma atas nama tabung itu bagi membantu Nurul Dahyatul Fazlinda dan keluarganya yang hilang sumber pendapatan selepas beberapa ahli keluarga termasuk ibunya, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, tidak boleh bekerja akibat terkena simbahan asid. 
 
“Selain bantuan kutipan tabung itu kelak, Nurul Dahyatul Fazlinda juga dilindungi insurans kelompok dan urusan pembayaran pampasan sudah diselesaikan syarikat Takaful Malaysia untuk rawatan di hospital berjumlah RM875. Orang ramai yang ingin menderma dan menghulurkan sumbangan untuk tabung ini boleh menghubungi JPNT secara terus.

“Tabung ini diwujudkan atas keprihatinan kementerian terhadap musibah menimpa Nurul Dahyatul Fazlinda dan meringankan beban keluarganya selepas ibunya yang bekerja sebagai peniaga turut menjadi mangsa simbahan asid suami sendiri,” katanya pada pelancaran tabung itu di sini, semalam.

Hadir sama, Nurul Dahyatul Fazlinda, kakaknya, Nurul Afiqah, 10, adiknya, Nurul Farisya Idayu, 7, Che Ku Zaimah, 28, dan Pengarah Pelajaran negeri, Razali Daud.

Kanak-kanak itu terkena asid selepas bapanya, Mat Haizan Mat Yassin, 32, yang memecah masuk rumah neneknya Minah Omar, 56, dan menyimbah cuka getah ke arah Che Ku Zaimah, yang turut terkena adiknya, Muhammad Irfan Firdaus, 2, dan Minah pada 15 Ogos lalu.

Mat Haizan dipenjara 10 tahun serta lima sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada 1 Disember lalu, manakala hukuman penja-ra lima tahun dan dua sebatan kerana menyimbah asid kepada Nurul Dahyatul Fazlinda, selain penjara dua tahun kerana mencederakan Muhammad Irfan Firdaus.

Mohd Fuad berkata, kementerian juga berterima kasih kepada Kerajaan Terengganu yang bersedia menanggung segala kos rawatan Nurul Dahyatul Fazlinda termasuk pembedahan plastik bagi memulihkan bahagian muka mangsa pada bulan depan oleh pakar bedah Hospital Sultanah Nur Zahirah(HSNZ).

Beliau juga mengarahkan JPNT dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) memberi kaunseling kepada Nurul Dahyatul Fazlinda bagi mengembalikan keyakinan dirinya sebelum memasuki sesi persekolahan tahun depan.

“Sebenarnya kes Nurul Dahyatul Fazlinda ini hampir sama dengan kes pelajar di Pulau Pinang, Tan Hoi Ling, dua tahun lalu yang disimbah asid bapanya. Saya berharap ibu bapa yang menghadapi masalah dalam keluarga tidak menjadikan anak sebagai mangsa melepaskan perasaan marah,” katanya.

Sementara itu, Che Ku Zaimah terharu dengan sokongan Kementerian Pelajaran dan Mohd Puad yang berusaha menubuhkan tabung itu untuk membantu keluarga khususnya Nurul Dahyatul Fazlinda.BH
 
Azhan; Kesian betul tengok...

4 comments:

  1. Salam, jika sudi mohon hebahkan tentang tabung pulih wajah adik ini..detail ada di blog saya..terima kasih :)
    http://akusangpenerbit.com/?p=903

    ReplyDelete
  2. http://genericpillshq.com/#cheap-viagra-online | [url=http://genericpillshq.com/#viagra-100-mg]buy viagra online[/url] | buy viagra online

    ReplyDelete
  3. [url=http://buyonlinelasixone.com/#2744]order lasix[/url] - buy lasix online , http://buyonlinelasixone.com/#1746 lasix cost

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...