Pages - Menu

28.11.10

Turki Akan Bertindak Balas Pada Israel Jika Menyerang Lebonan.

Salam perjuangan kepada semua, negara Islam yang terkenal dengan sekularnya dahulu, kini begitu berani dalam memperjuangan hak2 Islam yang semakin tercalar. Recep sebelum ini pernah memberi amaran kepada Israel akan melancarkan serangan ketenteraan dahulu selepas isu Mavi Marmala yang menahan aktivis2 kapal tersebut. Kali ini, sekali lagi Turki mengeluarkan kenyataan keras kepada Negara Haram Israel! Negara2 Arab yang lain patut malu! Banyak lagi pemimpin2 dunia arab yang masih melutut pada US dan Israel. 


Recep Tayyip Erdoga
BEIRUT: Turkey tidak akan berdiam diri jika Israel menyerang Lebanon atau Jaluran Gaza, kata Perdana Menteri Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, yang melawat Beirut kelmarin, lapor Xinhua.

Bercakap dalam satu persidangan anjuran Kesatuan Bank Arab (UAB), Encik Erdogan berkata negaranya tidak akan berdiam diri jika Israel menyerang Lebanon 'dengan kereta kebal dan pesawat paling canggih untuk membunuh wanita dan kanak-kanak, serta meranapkan sekolah dan hospital.'

Ketegangan antara Turkey dengan Israel memuncak pada Mei lalu apabila askar Israel menyerang sebuah kapal Turkey yang membawa aktivis yang menentang kepungan Israel ke atas Jaluran Gaza.Sembilan aktivis terbunuh dalam operasi itu. -- Agensi.

1 comment:

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...