Pages - Menu

24.11.10

Projek Angkasawan Kedua?


KUALA LUMPUR 24 Nov. - Malaysia merancang supaya angkasawan keduanya berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) selama beberapa minggu atau bulan, namun misi kedua ke angkasa lepas ini berkemungkinan tidak dilaksanakan dalam masa terdekat, sekurang-kurangnya bukan dalam beberapa tahun akan datang. 

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara, Dr Mustafa Subari berkata, masa diperlukan untuk menyediakan maklumat berhubung persediaan dan bagi proses rundingan dengan bakal rakan usaha sama.

Beberapa perkara perlu diselesaikan sebelum misi itu boleh dilancarkan, termasuk perkongsian dan jenis eksperimen yang akan dikendalikan di atas ISS, katanya kepada Bernama. Beliau bagaimanapun, memberi jaminan bahawa program itu telah pun mendapat lampu hijau daripada kerajaan, mengambil kira manfaat yang akan dibawanya kepada negara.

"Ia masih berjalan namun tidak akan dilaksanakan dalam beberapa tahun akan datang, mungkin pada penghujung Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Namun begitu komitmen yang diberi oleh kerajaan mengikut RMK-10 adalah permulaan yang baik,” katanya. - Bernama

2 comments:

  1. tak kan nak buat jg program ni..dgr citer mesti ade pihak yg membntah..tp tak taulah...

    p/s: thanks follow my blog..blog ini dah msuk kt ruang follower kt blog ok..=)

    ReplyDelete
  2. angkasawan ke pelancong angkasa?
    adeyhh... mcm membazir je..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...