Pages - Menu

24.11.10

Negara Komunis, Korea Utara Serang Korea Selatan


SEOUL 23 Nov. - Korea Utara hari ini melancarkan serangan ke atas Korea Selatan dengan melepaskan berpuluh-puluh tembakan meriam ke atas pulau Yeonpyeong, yang menempatkan kira-kira 1,000 tentera Korea Selatan, berhampiran sempadan Laut Kuning, yang menjadi pertikaian kedua-dua negara.



Tentera Korea Selatan membalas serangan dengan bedilan meriam, kerajaan mengadakan sidang tergempar dalam bilik perang bawah tanah dan beberapa jet pejuang digerakkan dalam nsiden sempadan terburuk sejak perang 1950-1953 ini.


Menurut Kementerian Pertahanan Korea Selatan, serangan ke atas pulau nelayan itu juga menyebabkan dua anggota marin Korea Selatan maut, sementara 15 anggota marin lagi dan tiga penduduk awam cedera.


Televisyen YTN melaporkan, Korea Utara melepaskan kira-kira 50 tembakan meriam ke arah pulau berkenaan, mengakibatkan berpuluh-puluh buah rumah rosak dan terbakar sehingga asap tebal boleh dilihat dari jauh.


"Sepasukan unit tentera Korea Utara melepaskan tembakan meriam sebagai tindakan provokasi pada kira-kira pukul 2.34 petang waktu tempatan (1.34 petang waktu Malaysia) dan pasukan tentera Korea Selatan melancarkan serangan balas sebagai pertahanan.


"Amaran ketenteraan Kelas A berikutan situasi tempur ini dikeluarkan serta-merta," kata seorang jurucakap tentera Korea Selatan kepada AFP.


Televisyen YTN melaporkan, jet tentera udara Korea Selatan turut dilihat berlegar-legar, selepas insiden di sempadan kedua-dua negara itu yang dianggap paling serius sejak sejak perang 1950-1953.


Penduduk pulau Yeonpyeong, Lee Jong-Sik memberitahu YTN, kira-kira 50 tembakan meriam dilancarkan ke atas pulau itu menyebabkan sekurang-kurangnya 10 rumah terbakar selain kawasan tepi bukit turut dijilat api.


Jurucakap Presiden Korea Selatan, Lee Myung-Bak berkata, pemimpin tersebut segera mengadakan mesyuarat mengejut keselamatan. Jurucakap itu berkata, Presiden turut mengarah pegawai-pegawai mengawal situasi dengan baik bagi mengelak ketegangan lanjut. - AFP


penduduk korea selatan melihat dari jauh tempat yang dibedil peluru.


 kawasan awam menjadi sasaran negara komunis Korea Utara
 Korea Selatan dijangka membalas dendam atas serangan yang memusnahkan rumah-rumah awam.


Admin: Adakah berpunca daripada US? Persengketaan yang sengaja ditimbulkan untuk timbulkan kekecohan rantau Korea.

4 comments:

  1. Salam, bila ada konflik ada US. Kat mana pun. Konflik mesti diadakan dan diwujudkan untuk menghidupkan terus perlumbaan senjata dan industri senjata.

    ReplyDelete
  2. salam sahabat, US kelihatan seperti gunting dalam kain yang sentiasa menjadi bencana kepada negara yang berurusan dgnnya. Pepecahan rantau korea dapat melemahkan kesatuan dan megukukuhkan cengkaman US di korea selatan

    ReplyDelete
  3. Kamu semua ingat tak masa israel bom Palestin kaw2. Boleh tengok kat berita bom napalm turun ke palestin macam bunga api. Takde negara pun yang bising2. Berapa ribu yang mati masa tu.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...