Pages - Menu

13.11.10

Kesan Manusia Sombong Dengan Hukum Dan Syariat Islam.

Kes jenayah terhadap kanak-kanak membimbangkan

PETALING JAYA 13 Nov. – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini melahirkan rasa bimbang dengan kemunculan banyak kes penderaan, penganiayaan, jenayah seksual serta sumbang mahram terhadap kanak-kanak.

Beliau berkata, banyak kes yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuk kes dera dilakukan oleh ibu bapa dan penjaga kanak-kanak itu sendiri, sedangkan merekalah yang sepatutnya memberi perlindungan.

Katanya, statistik kes yang membabitkan ibu bapa mencatatkan jumlah 808 kes, adik beradik (23 kes), teman lelaki ibu (270), jiran (26), saudara mara (322), orang dikenali (231), manakala pendera tidak dikenali sebanyak 110 kes. “Sebanyak 1,010 kes penderaan dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga April meliputi kes penderaan fizikal, seksual, emosi, sumbang mahram dan buang bayi.


"Kes-kes ini terus meningkat dari 2,279 pada 2007 kepada 2,780 (2008), dan 2,789 pada 2009,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia 2010 yang mengambil tema “Keselamatan Kanak-kanak di Tangan Kita: Bertindaklah!” di sini hari ini. – Bernama

Admin: Apabila hukum dipandang rendah, diperlekehkan. Inilah akibatnya, umat sekarang perlu menerima hakikatnya dan memikul bebannya bersama. Awasilah anak-anak kita daripada bahana dan bala akhir zaman ini. Na'uzubillah. Moga kita semua dirahmati Allah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...