Pages - Menu

22.11.10

Kejam! Kerana Bergesel Motorsikal, Wanita Ditendang Teruk.

KUALA LUMPUR: “Berkali-kali saya minta maaf daripadanya tetapi dia tak hiraukan dan terus menendang saya,” kata seorang eksekutif pentadbiran yang menjadi mangsa buli jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Ampang di sini, semalam.

Lebih trauma apabila doktor mengesyaki buah pinggang wanita berusia 26 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Yati itu mungkin rosak akibat tendangan lelaki berusia 30-an terbabit. Semuanya bermula ketika Yati menunggang motosikal untuk ke tempat kerja dan ketika tiba di Jalan Ampang kira-kira jam 10 pagi, kenderaannya bergesel dengan motosikal lelaki terbabit.

“Saya berjaya mengawal motosikal dan tidak terbalik, tetapi saya lihat lelaki berkenaan terjatuh di atas jalan raya menyebabkan saya berpatah balik untuk melihat keadaannya,” katanya kepada Harian Metro. 


Yati berkata, ketika bertanya keadaannya sejurus tiba di lokasi kejadian, lelaki terbabit terus bangun dan menendang motosikalnya hingga terbalik.

“Akibatnya saya terjatuh bersama motosikal dan lelaki terbabit terus meluru serta menendang saya berkali-kali. Saya berjaya bangun semula dan meminta maaf tetapi dia terus memukul saya terutama di bahagian pinggang,” katanya.

Dia bernasib baik apabila beberapa pengguna jalan raya berhampiran tempat kejadian segera bertindak menenangkan lelaki itu sebelum polis, ambulans tiba dan membawa kedua-dua mereka ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Saya tahu saya bersalah sebab cuai ketika menunggang motosikal sehingga bergesel dengan motosikal lelaki itu, tetapi kecederaannya hanya sedikit, di bahagian siku saja dan dirawat sebagai pesakit luar di HKL,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abd Rahim Hamzah Othman mengesahkan laporan kes itu.

Admin: Sebahagian rakyat Malaysia sudah tidak ada rasa timbang rasa langsung, hanya kerana masalah sedikit, sanggup menendang2 seperti haiwan. 

3 comments:

  1. macam2 le sekarang ni, kalau tak boleh kawal emosi teruk le jadinya

    ReplyDelete
  2. astaghfirullah..
    ase mcm nk rejam jek
    laki bodoh tu, xthu adab!

    ReplyDelete
  3. Salam utk ahsfantasy dan sharinginfoz, mmg lelaki yang tak beradab, masalahnya masyarakat yang tgk pun tak membantu...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...