Pages - Menu

25.11.10

Alangkah Beruntungnya Sekiranya Lelaki Ini Memeluk Islam...

Salam untuk semua, mulakan kehidupan dengan syukur pada-Nya, mulakan dengan pemikiran yang positif ('',)


Saya terbaca artikel tentang Nenak Obama, Sarah Omar yang pergi menunaikan haji ke baitultullah atas jemputan Kerajaan Arab Saudi baru-baru ini. Nenek Obama mengharapkan cucunya dicampakkan hidayah Allah dan memeluk Islam. Obama asal daripada keturunan beragama Islam tetapi sejak bapa dan ibunya terpisah ketika beliau masih kecil, ibu Obama yang beragama Kristian membesarkannya di US.



 Kehidupan kanak2 bermula dalam kalangan masyarakat Islam Jakarta, Indonesia sekitar tahun 1967-1970.

  Usia kanak-kanak di Jakarta, kini gah memegang tampuk kuasa dunia.


Obama bersama ahli keluarga yang lain, termasuk bapanya Hussin seorang Islam yang taat.


Siapa sangka kalau doa neneknya dikabulkan, maka akan berlakulah reformasi dunia Islam yang besar. Mungkin ada orang mengatakan White House keseluruhannya dikuasai tangan2 yahudi laknat, tetapi hidayah dan kuasa Allah boleh merubah segalanya. Sekiranya lelaki ni memeluk Islam...? Alangkah beruntungnya...


Obama memperagakan pakaian ala2 Arab.

Jom kita soroti sirah baginda Nabi Muhammad S.A.W, baginda nabi ketika menyampaikan ajaran dakwah dalam menegakkan kalimah tauhid, bukan sahaja tertumpu kepada rakyat marhaen, tetapi baginda turut mengutuskan surat kepada pembesar-pembesar Mekah dan raja-raja yang berkuasa ketika itu. Contohnya maharahaja Rom, baginda percaya sekiranya pemimpin tertinggi menganut agama Islam pasti rakyat bawahan akan mengikut contoh terbaik kerana pengaruh kuat seseorang pemimpin. 


Obama bersama bapanya.


Bermula lah era baharu dan kesan yang besar kepada dunia Islam sekiranya lelaki ini memeluk Islam dan menjadi mukim yang taat. Sejak beliau menjadi Presiden US, beliau mengambil sikap lebih bertoleransi dengan negara-negara Islam berbanding Presiden2 yang lepas yang menimbulkan seribu satu macam perperangan dan permusuhan.

Kita turut mendoakan supaya Allah campakkan hidayah kepada Presiden US, Barrack Hussin Obama. Alangkah beruntungnya sekiranya lelaki ini memeluk Islam...

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...