Pages - Menu

26.11.10

Ajaran Sesat Putrajaya Boleh Makan Babi!


PUTRAJAYA: Kegiatan ajaran sesat Islam Jamaah (IJ) yang antaranya menghalalkan tulang babi dimakan dikesan bergerak semula di negara ini selepas penahanan 21 pengikutnya selepas mereka melakukan solat Jumaat di surau tanpa tauliah di Sungai Tangkas, dekat Kajang, semalam.

Kegiatan ajaran sesat yang dipercayai didalangi lelaki warga Indonesia itu menjadikan surau berkenaan sebagai markas sejak beberapa bulan lalu sebelum diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kira-kira jam 1.40 tengah hari.

Sebelum serbuan, beberapa penguat kuasa Jais menyelinap ke dalam kumpulan terbabit yang taksub mendengar khutbah dalam bahasa Arab yang disampaikan lelaki itu. Selepas mereka selesai bersolat, penguat kuasa Jais mengepung surau itu dan menahan 21 pengikut kumpulan itu yang turut membabitkan beberapa wanita.

Admin: Putrajaya kira tempat yang maju pun ada org sesat!

2 comments:

  1. Ermm... harap-harap jgn hilang trace mcm Ayah Pin.

    ReplyDelete
  2. salam wak, ayah PIn tu ada cabel besar wak...sami hindu pun minum air kaki mamat tu.hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...